Klinik Komputer sesi 3

Sambungan pada pembangunan blog.

Untuk pembikinan blog yang lebih kemas atau nampak seperti profesional cuba buat blog baru di http://en.wordpress.com

. Bagaimana hendak menyiarkan gambar?

Anda boleh memuat naik gambar menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan mendapat tetingkap yang membolehkan anda memilih satu imej atau berbilang imej dari komputer anda. Hanya klik butang "Semak Seimbas" untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Sebagai pilihan lain, anda boleh masukkan URL imej yang telah sedia ada dalam talian untuk memasukkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pautan untuk memilih susun atur, anda boleh memperibadikan cara imej anda akan muncul dalam catatan anda. Opsyen kiri, tengah dan kanan akan menentukan bagaimana teks catatan anda mengelilingi gambar tersebut. Opsyen saiz ini membolehkan anda mengubah gambar kepada saiz berlainan dalam bahagian catatan ini.

5. Saya tidak boleh log masuk. Apakah yang saya harus lakukan?

Jika anda terlupa maklumat Akaun Google anda, anda boleh dapatkan semula maklumat log masuk Akaun Google anda dengan mengklik "?" di sebelah "Kata Laluan" pada halaman log masuk Blogger atau anda boleh gunakan halaman Bantuan Kata Laluan Akaun Google.

Ingat bahawa nama pengguna akaun Google anda adalah alamat e-mel lengkap yang anda gunakan untuk membuat akuan anda (contohnya, yourname@example.com).

Jika anda boleh log masuk ke akaun anda tetapi tidak melihat blog yang sepatutnya pada Papan Pemuka anda, kemungkinan anda telah log masuk ke akaun yang salah. Dalam hal ini, cuba log masuk dengan semua alamat e-mel anda, menggunakan borang Bantuan Kata Laluan jika perlu. Sila cuba ini walaupun anda fikir anda hanya mempunyai satu akaun. Kami telah lihat banyak kejadian apabila orang membuat akaun tambahan secara tidak sengaja tanpa menyedarinya, oleh itu memeriksanya sendiri biasanya adalah cara paling cepat untuk mendapatkan blog anda kembali.

6. Bagaimana hendak memadam blog?

Untuk memadam keseluruhan blog, hanya pergi ke tab Tetapan | Asas. Pada tahap ini, pastikan betul-betul yang anda berada pada blog yang betul dan anda ingin membuangnya selama-lamanya dari akaun anda. Kemudian klik "Padam Blog Ini." Jika blog anda adalah pada pelayan anda sendiri, failnya tidak akan dipadam. Anda boleh memadamnya secara manual dengan menyambungkan ke pelayan anda melalui klien FTP.

7. Bagaimana hendak membatalkan akaun saya?

Untuk memadam Akaun Google anda, termasuk catatan anda, sila log masuk pada halaman utama Akaun Google. Sebaik sahaja anda log masuk, klik pautan "Edit" di sebelah senarai "Perkhidmatan Saya", dan anda akan mendapat halaman yang membolehkan anda memadam akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa memadam sesuatu akaun akan memadam kesemua perkhidmatan Google yang berkaitan dengan akaun tersebut, seperti profil orkut anda, halaman iGoogle anda, dan blog Blogger anda.

8. Bolehkah saya mempunyai blog yang lebih daripada seorang boleh mencatat?

Ya, ini dipanggil "blog pasukan." Pada dasarnya, seseorang pada mulanya membuat blog, kemudian menjemput orang lain menyertainya. Ahli pasukan boleh sama ada menjadi pentadbir atau pencatat biasa. Pentadbir boleh mengedit semua catatan (bukan hanya catatan sendiri), menambah dan membuang ahli pasukan (dan memberi akses tadbir), dan mengubah suai tetapan blog. Bukan pentadbir hanya boleh mencatat pada blog.

Untuk menjemput orang lain menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan | Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang." Kemudian, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput ke blog; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama kemudian. Sila ambil perhatian yang mereka perlu ada Akaun Google, dan jika mereka belum ada, mereka akan digesa untuk membuatnya. Apabila anda telah sedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput." Anda akan menerima satu e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog.

9. Bagaimana hendak menambah gambar saya ke profil saya?

Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Dari situ, masukkan URL imej profil dalam borang, dan klik "Simpan" di bahagian bawah halaman. Jika anda belum mempunyai gambar yang dihos di mana-mana, anda boleh menyiarkan gambar ke blog anda terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda telah menyelesaikannya, beralih dari editor catatan ke mod Edit HTML jika belum melakukannya. Sekaran, salin URL gambar dan tampal URL ini ke dalam medan "URL Gambar" dalam Profil anda. Kemudian, klik "Simpan" di bahagian bawah halaman, dan anda telah selesai. Sila ambil perhatian bahawa imej tersebut harus bersaiz 50k atau lebih kecil.

10. Bagaimana hendak menetapkan sambungan FTP (atau SFTP) ke hos web luar saya?

Pergi ke Tetapan | Penerbitan dan pilih kaedah sambungan. Kemudian, masukkan tetapan anda. Apabila anda telah selesai, simpan perincian pelayan anda melalui butang "Simpan Tetapan" di bahagian bawah, dan terbitkan semula blog anda. Sila ambil perhatian bahawa nombor port lalai akan digunakan (:21 untuk FTP dan :22 untuk SFTP); menetapkan port pilihan tidak akan berfungsi. Juga, jangan masukkan http:// atau ftp://dalam alamat pelayan atau tetapan laluan.

11. Bagaimana hendak menggunakan domain peribadi pada blog saya?

Jika anda tidak mengingini blogspot.com dalam alamat blog anda, anda boleh dapatkan domain anda sendiri. Kami akan teruskan mengehos semua kandungan anda seperti sebelumnya, tetapi ia akan dipaparkan pada alamat baru anda. Terdapat tiga komponen untuk menetapkan ini:

Domain Anda

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah memilih nama domain, seperti mysite.com dan mendaftarkannya. Anda boleh mendaftarkan nama domain dari mana-mana daripada sebilangan pendaftar berlainan.

Tetapan DNS

Seterusnya, anda perlu membuat rekod CNAME untuk domain anda dengan DNS, mengaitkan domain anda dengan ghs.google.com. Prosedur yang tepat untuk melakukannya berbeza, bergantung pada pendaftar domain anda, oleh itu sila hubungi pendaftar anda secara langsung dan mereka boleh membantu anda. Ketahuilah yang rekod DNS baru mungkin tidak berkuat kuasa dengan segera.

Tetapan Blogger

Pada tahap ini, pelayan DNS tahu untuk menghalakan orang ke Google apabila mereka ingin melihat blog anda, oleh itu kami perlu memastikan Google mengaitkan blog yang betul dengan domain anda. Anda perlu lakukannya pada tab Tetapan | Penerbitan untuk blog anda dalam Blogger. Jika anda menerbitkan Blog*Spot, anda akan lihat satu pautan berdekatan bahagian atas yang menawarkan untuk mengalih anda ke domain peribadi. Teruskan dan klik pautan itu. Tetapan Alamat Blog*Spot sekarang bertukar ke Domain Anda. Isi domain yang anda daftarkan pada permulaan proses ini, kemudian simpan tetapan anda.

Nota:

  • Jika domain baru anda tidak membawa anda ke blog anda, tunggu sehari atau dua hari lagi, untuk memastikan semua pelayan DNS telah dikemaskinikan. Jika ia masih tidak berfungsi, hubungi pendaftar anda untuk memastikan yang anda memasukkan tetapan DNS dengan betul.
  • Alamat Blog*Spot asal anda akan maju ke domain baru anda secara automatik. Dengan cara itu, sebarang pautan atau penanda buku sedia ada pada tapak anda akan tetap berfungsi.
  • Anda boleh menggunakan ciri ini dengan domain (cth. mysite.com) atau subdomain (cth. name.mysite.com). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menetapkan subdirektori (cth. mysite.com/blog/) atau kad bebas (cth. *.mysite.com).

12. Bagaimana Mudah Alih Blogger berfungsi?

Untuk memulakan blog mudah alih, cuma hantar mesej (yang boleh jadi gambar, beberapa teks, atau kedua-duanya) ke go@blogger.com dan kami akan memulakan blog untuk anda! Selepas menghantar mesej, anda akan menerima balasan dengan URL blog mudah alih anda dan satu tanda yang dengannya anda boleh menuntut blog baru anda. Untuk menuntut blog anda, cuma masukkan tanda ke http://go.blogger.com. Menuntut blog mudah alih anda akan memberi anda akses penuh ke tetapan dan ciri Blogger.com, membolehkan anda mengaitkan blog anda dengan Akaun Google, dan membenarkan anda menggabungkan blog mudah alih anda dengan blog sedia ada.

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.