Google+ (Google plus)



Lama sungguh tak update blogger ni, banyak gak nak share info terkini tapi masa mencemburui kita hehe.. so kali ni saya nak share skit pasal laman sosial terbaru iaitu Google+ atau google campur. Google+ ni telah di perkenalkan pada 28hb jun 2011 selepas beberapa lagi produk Google yang lain cam buzz dan profiles.

Google+ ni lebih kurang macam Facebook gak tapi lebih privasi dan teratur, sebagai contoh Google+ ni ada circles yang mana kita boleh kategori yang mana kawan, saudara dan sebagainya (lebih privasi kan). jika kita mempunyai akaun google (gmail, youtube, android atau picasa) ianya akan lebih meriah serta mudah, hanya dengan satu akaun tapi kita boleh share gambar (picasa), video (youtube) dan sebagainya.. Haa yang paling best Google+ ni pun ada app games gak (sama cam Facebook).

Pandangan saya.. produk2 dari Google semua simple dan best sebagai contoh android phone OS yang dulu semua orang tak tau sekarang ni dah jadi OS phone paling best selepas IOS (apple), Google Chrome browser plak dah tapau Mozilla Firefox & IE sebab browser paling ringan dan laju. So jom kita layan Google+ dan kita tengok boleh tak Google+ ni tapau Facebook plak..

Google+ juga boleh dilayari dari smartphone anda (android, iphone, symbian atau Blackberry).. cool woww

Ok chow dulu...

post signature

Kampung WIFI @ Kampung Endah

Perkidmatan wifi percuma kini berada di mana2 selaras dengan saranan kerajaan tentang perkembangan Jalur Lebar. Penduduk Kg Endah kini dapat mengakses internet secara percuma dengan adanya program Kampung Wifi dibawah SKMM. Kini penduduk luar bandar juga dapat menikmati perkidmatan seperti di kawasan bandar.

Pencawang WIFI dipasang bersebelahan dengan PPIK



Juruteknik sedang menyiapkan peralatan untuk wireless antenna

Rak untuk penyimpanan peralatan.. Router, hub dll

Semoga Kampung yang terkenal dimalaysia ini dapat melahirkan pakar2 dalam bidang IT seterusnya menempa nama sebaris dengan pakar IT dunia. insyallah.

KEJORA BISTRO N SURF


KEJORA BISTRO AND SURF.. Perintis permodenan

CAWANGAN TERBUKA

Jika sebut kedai minum atau kedai kopi memang dah jadi kebiasaan bagi semua orang di dunia ini dan terdapat bermacam jenis kedai minum yang berada dimalaysia sebagai contoh restoran makanan Segera (Mc D, KFC Dll), Bistro, Kopitiam, Restoran Mamak atau kedai kopi kampung. Tapi ada kelainan pada Restoran Kejora Bistro n Surf, yang berkonsepkan ‘Moden dan santai’ memang disengajakan dibuka di kawasan luar Bandar (pendalaman) menawarkan pelbagai perkhidmatan yang akan memudahkan pelanggan khususnya dalam bidang ICT selain dari penyediaan makanan. Menjana permodenan bagi masyarakat luar Bandar.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti menyediakan perkhidmatan e-bayar ( bil elektrik, air, telefon, cukai, dll) penyewaan PC/laptop, penyewaan wifi berkuasa tinggi, printing, pengiklanan online ( produk IKS tempatan) makanan minuman dan permainan video.

KEJORA BISTRO N SURF juga menawarkan pakej francise kepada yang berminat khususnya pada yang ingin membuka restoran makanan atau pada sesiapa yang tengah mencari-cari peluang perniagaan. Setakat ini terdapat tiga cawangan francise, dua di Selangor dan satu di Pahang dan akan terus akan berkembang.

PERALATAN

Selain kedai (meja,kerusi n pinggan mangkuk) yang berlatarbelakang dengan warna Merah dan Hitam terdapat juga peralatan seperti:

1 unit PC (server )

5 unit computer riba

1 unit wifi router

1 unit printer

Plasma TV

Sony Playstation 2 / 3

Bagi yang berminat untuk pakej Franchise ini sila hubungi :

Facebook.com/mohd danney neo , kejoralink

017-2068567 / 013-6659391 JAMSARI atau email neo_sys@yahoo.com.

post signature

Karnival Usahawan dan ICT 2010: Maklumat Karnival

Karnival Usahawan dan ICT 2010: Maklumat Karnival: "Pengenalan Pertandingan ini merupakan satu inisiatif ICT Kebangsaan dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dalam usaha merangsang mi..."

post signature

Codec pack untuk win XP, Vista & win7

Salam.. mungkin anda mempunyai masaalah ketika memainkan video di PC anda.. seperti contoh memainkan video format 3gp atau mp4 di PC anda hanya suara atau tiada apa yg kelihatan itu adalah kerana anda tidak mempunyai codec yang sesuai untuk dimainkan di media player anda. Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.

Jika anda menghadapi masalah seperti yang di atas, anda hanya perlu mendapatkan codec yang sesuai untuk fail video tersebut. link untuk download codec dibawah

download codec untuk Window XP : Download

download codec untuk Window Vista : Download

Download codec untuk Window 7 : Download


post signature


Assalamualaikum.. dah lama btul aku tak update blogger ni, oleh kerana PPIK telah tidak lagi beroperasi hanya 2-3 buah PPIK je yg beroperasi seperti biasa.. Ok lah mulai hari ini Blog PPIK Kg Endah ini telah bertukar nama kepada Danney Place's dan juga bertukar template yang mana aku tetap juga jadi moderator cuma yang lainnya aku akan selit info-info berkenaan dunia it. So stay tune untuk posting akan datang.. see u all



post signature

Posting blog untuk Telecentre.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan menunjukan cara-cara untuk membuat posting di laman web telecentre.my. Anda hendaklah mempunyai akaun/password yang betul untuk memasuki dan mengEdit halaman web anda. Terima kasih kepada PPIK Jerong Seberang Terengganu kerana membenarkan saya untuk menggunakan laman blog serta laman web telecentre beliau untuk dijadikan model kepada projek pembelajaran ini. Sila layari juga laman blog PPIK Kuala Rompin Pahang untuk lebih terperinci secara bergambar.

SELAMAT HARI RAYA


post signature

SELAMAT HARI RAYA

PPIK Kg Endah dengan tulus hati ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir Dan Batin kepada semua umat Islam khas ditujukan kepada semua PPIK diseluruh Malaysia dan kepada yang sudi melayari Blog PPIK ini. Terima Kasih Atas Sokongan Kalian.

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

post signature

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.