Klinik Komputer sesi 2

Salam berjumpa lagi dalam sambungan klinik komputer dalam pembelajaran pembangunan Blog. 

1. Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?

Pada halaman utama Blogger, klik butang "Buat Blog Anda Sekarang". Pada halaman berikut, anda akan digesa untuk membuat Akaun Google. Anda boleh menggunakan Akaun Google anda pada perkhidmatan Google yang lain. Jika anda telah mempunyai Akaun Google mungkin dari Gmail, Kumpulan Google, atau Orkut, sila rakam masuk terlebih dahulu. Setelah anda merakam masuk, anda perlu memasukkan nama paparan dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Sebaik sahaja anda selesai dengannya, anda akan digesa untuk membuat blog dan memulakannya!

2. Bagaimana hendak membuat blog Blogger?

Sebelum anda boleh membuat blog percuma pada Blog*Spot, khidmat hos Blogger, anda perlu telah membuat akaun di blogger.com. Sebaik sahaja anda telah melog masuk ke blogger.com, klik pautan "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL). Anda juga perlu menaip kata pengesahan yang dipaparkan pada halaman ini. Apabila anda telah selesai, klik "teruskan." Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; inilah rupanya apabila anda menerbitkannya. Kemudian, Blogger akan membuat blog baru anda dan menguntukkan spot anda pada BlogSpot. Sebaik sahaja anda telah membuat catatan pertama anda, halaman anda akan muncul di alamat yang anda pilih.

3. Bagaimana hendak menyiarkan di blog saya?

Pada Papan Pemuka anda, klik pautan "Catatan Baru" di sebelah blog yang anda ingin catatkan. Seterusnya, anda akan lihat halaman Buat Catatan Baru. Mulakan dengan memberikan catatan anda tajuk (pilihan), dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda telah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk memastikan ia bersedia untuk dilancarkan. Sebaik sahaja anda telah berpuas hati dengan catatan anda, klik butang "Terbitkan". Ini akan menerbitkan catatan baru anda.

-Bersambung lagi-

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.