Pengenalan kepada KG Endah



SEJARAH KAMPUNG  :Kampong Endah merupakan sebuah kampung tersusun yang berasal dari 3 buah kampong terpencil di Daerah Kuala Langat iaitu kampong Delik. Kampung Darat Batu dan Kampung  Kanchung Tengah ( Ladang Lor ). Selepas perang dunia kedua berlaku zaman dharurat sekitar tahun 1946-1960 dan bagi mengelakkan amcaman komunis . Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah memindahkan penduduk ketiga-tiga kampong ini ke penempatan baru yang terletak bersebelahan dengan kampong Kanchong Laut pada tahun 1952. Setiap  keluarga diperuntukkan ½ ekar tanah yang kesemuanya berjumlah 100 lot. Penempatan baru  ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) . Penempatan baru ini disebut  Kampong PINDAH ,kemudian nya disebut pula Kampong INDAH . Memandangkan kebanyakkan penduduk di kampong ini terdiri dari keturunan Jawa,oleh yang demikian sebutan indah di sebut ENDAH sehinggalah sekarang. Kampong Endah terletak didalam mukim Morib dan Kelanang Daerah Kuala Langat.


  • Walaupun pernah menjadi sarang komunis di zaman silam, ia berjaya muncul sebagai kampung contoh bukan sahaja di peringkat Negeri Selangor, bahkan di peringkat kebangsaan.
  • Antara 1968 dan 1994, Kampung Endah menerima 22 anugerah, hadiah wang tunai serta peruntukan.
  • Kampung itu juga telah mendapat lebih 20 projek sejak 2004 di bawah YB Dato’ Dr Karim Mansor. Semuanya adalah hasil kegigihan, inovasi, kerjasama, perpaduan dan persepakatan penduduk itu sendiri, disokong oleh pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh.
  • Sebagai penghargaan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam lawatannya semasa menjadi Perdana Menteri, menamakan kampung itu The Modern Village of Malaysia.
    Kampung itu menerima kunjungan ramai orang kenamaan dan pelawat dari dalam dan luar negara.


     1.                         Latar Belakang Kampung   

    1.1. NAMA KAMPUNG   :    Kampong Endah
    1.2. MUKIM                   :    MORIB dan KELANANG
    1.3  DAERAH                :    KUALA LANGAT
    1.4  PARLIMEN             :   SEPANG
    1.5. DUN                      :    TANJUNG SEPAT
    1.5  KELUASAN           :   
    1.6.JUMLAH  PENDUDUK : 1950 ORANG
    1.7. KETURUNAN              :  MELAYU


About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.