Sekitar Pertandingan Memancing 16hb Ogos





Persatuan Memancing Kg Endah dengan kerjasama PPIK Kg Endah dan Team Jangkar telah mengadakan pertandingan memancing di sungai Batu Hampar, Bukit Jugra Banting Selangor pada 16hb Ogos yang lalu. Tujuan pertandingan adalah sempena hari Kemerdekaan negara kita dan sambutan bulan Ramadhan. Acara yang berlangsung dengan meriah dan disertai oleh ramai komuniti tempatan. Semoga akan diadakan lagi program seperti ini pada masa akan datang, insyallah.

post signature

MALAM 1000 BULAN..



Kerana umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan tidak lama lagi, Posting kali ini berkisar tentang bulan Ramadhan, MALAM 1000 BULAN.

Telah disebutkan dalam Al Quran dalam surat Al Qadr, bahwa tiada malam yang mendapat sebutan indah dari Allah s.w.t kecuali lailatul qadar. Yakni malam yang kebaikannya melebihi seribu bulan. Malam itu memiliki kedudukan yang tinggi dan kemuliaan terhormat (al manzilah ar rafi’ah), lailatulbarakah(malam penuh berkah), lailaturrahmah (malam penuh kasih sayang), laylatussalam (malam penuh keselamatan). Lailatulqadr adalah anugerah khusus yang diberikan Allah pada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh beribadah untuk menjemputnya pada bulan Ramadhan.

selamat datang bulan Ramadhan
bulan penuh ampunan
tuk melepas segala dosa
yg pernah dilakukan
kini tiba saatnya kita
lalui malam keajaiban
malam surga, malam Lailatul Qadar

begitu banyak nikmatMu Tuhan
yg Engkau berikan
kepada semua hambaMu
yg selalu meminta
berharap tulus bertemu malam
malam berkah, malam ampunan
malam surga, malam Lailatul Qadar

reff: malam 1000 bulan, malam yg paling indah
malam yg paling mulia untuk kita ibadah
semua orang berlomba untuk mendapat rahmatNya
semua orang meminta untuk mendapatkan nikmatNya

begitu banyak nikmatMu Tuhan
yg Engkau berikan
kepada semua hambaMu
yg selalu meminta
berharap tulus bertemu malam
malam berkah, malam ampunan
malam surga, malam Lailatul Qadar

post signature

Acara Sambutan Kemerdekaan/Ramadhan


Assalamualaikum, salam sejahtera. PPIK Kg Endah akan mengadakan Pertandingan Memancing pada 16hb Ogos ini dengan kerjasama Persatuan Memancing Kg Endah, Masjid Attoiyibin dan Team Jangkar. Pertandingan memancing itu diadakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan sebelum menyambut kedatangan Bulan Ramadhan. Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim, menyambut bulan Merdeka dan mempromosikan PPIK (maxis) yang mana kesemua acara yang diadakan adalah yang berkaitan dengan komuniti tidak hanya sekadar yang berkaitan IT sahaja. AJK PPIK dan badan yang terlibat telah sebulat suara untuk memilih pemenang berdasarkan kategori IKAN TERBERAT DAN BOLEH DIMAKAN (buntal atau sesirat tidak dikira) sahaja. kami menjangkakan penyertaan sekitar 200 orang dan sehingga hari ini terdapat lebih kurang 113 penyertaan yang telah didaftarkan. Yuran pendaftaran sebanyak RM 15.00 untuk 2 joran (sangat murah/berkemampuan) kami kenekan dengan tujuan bukan mahu mengaut keuntungan tetapi untuk dijadikan acara yang santai, seronok dan bergembira bersama keluarga. PPIK Kg Endah juga menyediakan 3 Hadiah kepada pemenang dan 1 untuk kategori ikan Terbanyak. Sudilah sekiranya saya menjemput penyelia2 PPIK yang berdekatan dan Pemancing Tegar menyertai pertandingan ini.


post signature

Lawatan Dari Leeds Universiti Australia

Pada 27hb Julai yang lepas PPIK telah menerima satu lawatan dari UKM -pusat kajian E kouniti bersama dengan Pensyarah dari Leeds Universiti Australia Mr Choo Yun Peng. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kesesuaian PPIK ini sebagai tempat untuk UKM menjalankan kerjasama untuk menjalankan program dengan mengunakan Teknologi Microcontroller di dalam proses pemerkasaan melalui teknologi inovatif di dalam pelbagai budaya "empowering people with innovative technologies in multi-cultural". Terima kasih kepada UKM kerana memberi peluang untuk komuniti di Kg Endah mencuba satu teknologi yang baru. Saya sangat berharap agar program tersebut dapat dijalan di sini seterusnya ke kawasan luar bandar yang lain.

Bersama Pihak UKM serta Mr. Choo Yun peng dengan salah satu alat microcontroller.



Salah satu Bahan "microcontroller' untuk diujikaji.

post signature

KOLEKSI HADIAH

Dah dekat setahun saya bekerja dengan PPIK Maxis ni dan banyak juga acara-acara yang telah diadakan di PPIK Kg Endah ni. Bukan cerita tentang Acara yang dijalankan di PPIK ni, ini cerita tentang KOLEKSI HADIAH yang Saya dan PPIK Kg Endah telah terima sepanjang saya bekerja di PPIK ini. Bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk tetapi untuk dijadikan pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat kepada masyarakat dan secara langsung mempromosikan Kg Endah ini dan Komuniti di Kg Endah ini juga dapat menjana Ekomoni berikutan dengan Acara tersebut.

Apple iphone ni bukan la hadiah yang saya dapat tapi teringin gak nak cuba pakai kan. Manalah tau Maxis sudi bagi iphone ni hihihi....


hadiah dari Mr Choo Yun Peng Pensyarah dari Leeds Universiti Australia bersama UKM. Alat Microcontroller iaitu satu alatan yang mana kita sendiri memprogram untuk dijadikan sesuatu alat (susah nak diterangkan). Saya belum sempat untuk mencuba alat ini dan mungkin saya akan mengkajinya untuk dijadikan Robot kecil serbaguna insyallah. Buku manual dan CD panduan disertakan sekali tapi bagi beginner macam saya ambik masa yang lama gak untuk faham nih... Harga untuk set ini lebih kurang Dollar Aus 260.00. Terima kasih kepada UKM dan Mr Choo.


Hadiah seperti Pen dan Buku Diary adalah dari acara Perasmian Laman Web komuniti. Payung semasa menghadiri kursus di Hotel Corus. Baju merah tu semasa program Cyberkids di Kg Endah. Orang yang dibawah payung tu pula Hadiah Istimewa Saya (Mak dia bagi pada saya...) harharhar

Digital album (frame) saya dapat dua buah. Satu semasa kursus di sheraton ( letak di dalam office PPIK ) dan satu lagi semasa acara cyberkids di Kg Endah ( kat rumah).

Ni la hadiah yang paling saya sayang, Thumbdrive 8GB steel body hadiah semasa acara cyberkids juga sebagai tuan rumah. Terima kasih Maxis, UKM dan yang terlibat serta Team Maxis cyberkids.




FAKTA MENARIK TENTANG P.P.I.K


Sibuk betul la 1-2 minggu ni, tapi kalau dah namanya pun kerja layan juga la.. Dalam sibuk dengan menguruskan hal-hal berkaitan komuniti lupa pula nak memposting dalam blog ni. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi tunggu la nanti saya buat posting baru pula.

Today kita story pula pasal Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK), kalau dalam kumpulan ini mungkin semua dah tau apa itu PPIK dan perkhidmatan yang dibawa. Fakta-fakta menarik ni sebenarnya saya tujukan kepada pelawat yang mungkin tak tau apa tu PPIK ni?? Termasuk juga pada Penyelia-penyelia luar dari kawasan selangor ini.

Seperti yang kita maklum perkhidmatan yang ditawarkan PPIK dalam skop yang kecil adalah berkaitan dengan penggunaan komputer serta info update IT, satu fakta yang menarik kerana PPIK ini berlokasi (ditetapkan oleh kementerian ) di kawasan-kawasan luar bandar serta kawasan yang jauh di pendalaman, menarik kerana golongan luar bandar serta pendalaman tidak ketinggalan dengan arus teknologi yang pesat di Malaysia ini dan sasaran kerajaan untuk masyakat luar bandar Celik IT juga tercapai dengan adanya PPIK ini.

Fakta seterusnya, PPIK mempunyai 250 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak mengatasi lain-lain Pusat IT atau Pusat Khidmat masyarakat anjuran Kementerian lain. Selain mempunyai rangkaian yang besar dan luas kesemua Penyelia PPIK juga dibekalkan dengan teknologi terkini berkaitan dengan Komunikasi, kesemua penyelia mudah berhubung sesama sendiri, adalah satu tempat yang paling bagus digunakan untuk tujuan pengiklanan atau pemasaran produk terutamanya produk-produk IKS tempatan.

Penyelia yang berdedikasi. Tidak seperti pusat IT yang lain kerana kesemua Penyelia-penyelia PPIK ini pada awalnya mempromosikan PPIK menggunakan cara yang tersendiri tetapi sangat efektif. Bergabung dengan JKKK, Pengghulu, kepala kampung serta ADUN membuatkan PPIK ini dikenali di dalam komuniti setempat. Dan ada sesetengah PPIK dijadikan pusat atau tempat rujukan IT JKKK, Masjid atau promosi barangan IKS setempat. Penyelia PPIK yang tidak menjadikan pendapatan (gaji) yang kecil sebagai penghalang dan bekerja keras (siang atau malam) untuk memajukan komuniti tak kira dari Ilmu, Bantuan atau Perkhidmatan.

Saya wakil kepada kesemua PPIK se Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian dan juga MAXIS kerana membangunkan PPIK ini di kawasan yang sangat strategik selain menganjurkan program kemasyarakatan seperti MAXIS Cyberkids dan lain-lain lagi yang mana menambahkan lagi kemeriahan serta Ilmu kepada komuniti setempat.

Besar harapan saya untuk terus memberi Ilmu, bantuan atau perkhidmatan pada komuniti saya dan berharap agar PPIK ini terus bertahan dan jangan lah ianya menjadi seperti sesetengah Pusat-pusat IT yang mana jika telah habis kontrak tutuplah ia. Jika diberikan kepada sesetengah JKKK (tidak semua) percayalah, bahawa ianya tidak akan berjalan seperti yang dirancangkan malahan akan menjadi Projek Gajah Putih. BERKHIMAT UNTUK MASYARAKAT.

post signature

JOM JOINT TWITTER


Salam, kali ini kita dengar pula satu lagi social messaging sistem yang dah lama pun twitter ni ada dalam dunia IT ni. Sebelum ini pun saya ada rasa untuk mencuba tapi bila ada kawan-kawan add twitter ni kat mel terus la saya explore Apa itu Twitter. Ok twitter macam mesej sistem juga, kita boleh berhubung dengan keluarga, kawan-kawan atau warga kerja kita. Sama ada di blog, Email ataupun di telefon bimbit kita boleh mengetahui perkembangan atau apa-apa berita dari orang yang saya sebutkan tadi. Kira kita ni selalu update la.. Untuk Info atau Video berkenaan twitter ini klik disini. Saya dah joint dah, kalau boleh semua PPIK atau follower blog ni joint sekali lagi best untuk kita selalu bertukar-tukar idea, cerita atau apa-apa sahaja.
post signature

ACARA MAXIS CYBERKIDS


Hai!! dah lama betul saya tak bercerita kat blog ni, sebenarnya banyak gak cerita yang nak dikongsi. PPIK Kg Endah baru-baru ini telah mengadakan satu acara yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah, Maxis Cyberkids bersama Komuniti Satu program yang mana memperkayakan kualiti kehidupan komuniti terutama komuniti luar bandar dengan menyediakan akses kepada pendidikan menerusi teknilogi IT, Memperbaiki status taraf kehidupan komuniti dari segi sosio ekonomi dan Merapatkan jurang digital di dalam komuniti. banyak acara menarik telah dijalankan semasa acara tersebut. Kira meriah Giler la pada masa tu, jadi kat sini saya kongsikan serba sedikit acara tersebut. ENJOY...

Program dibahagi kepada dua kumpulan, Kumpulan pertama melibatkan murid sekolah rendah dan kumpulan dua dari pelajar sekolah menengah

Antara peserta yang hadir dalam acara tersebut, ruangan dalaman PPIK Kg Endah agak luas yang mana semasa acara tersebut seramai lebih kurang 50-60 peserta terlibat.
Ada banyak lagi gambar-gambar serta video, tapi sebab ruangan yang terhad tak dapatlah nak di uploadkan semua. Bersambung.....

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.