Peta




Latar belakang Kampung  

Kampung ini terletak dalam daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan .Kawasan Kampung ini adalah di dalam Mukim Morib dan Kelanang. Kampung Endah mempunyai keluasan 2,951 ekar (1.185) dimana keguna tanahnya dapat dibahagikan kepada :

v     Kawasan petempatan penduduk =150 ekar

v     Kawasan Pertanian=2,757.5 ekar

v     Tanah Rizab Kerajaaan=25 ekar

v     Tanah wakaf kampung =8.5 ekar

 

Dari segi petempatan di kampung ini sebanyak 236 buah rumaah terdapat di dalam kampung ini dan jumlah bilangan keluarga yang tinggal di kampung ini adalah sebanyak 260 keluarga. Pola petempatan di kampung ini adalah tersusun dimana setiap keluarga di berikan tanah ketika berpindah dahulu. Keadaan rumah di kawasan ini adalah terdiri dari rumah kampung yang kekal, separa kekal dan tidak kekal.

Dari aspek pertanian pula, pelbagai jenis tanaman diusahakan secara pensendirian dan koperasi atau berkelompok.Sebanyak 80 peratus tanah pertanian ditanam dengan kelapa sawit,10 peratus ditanam pokok kelapa, 3 peratus ditanam pokok kopi, 3peratus ditanam sayur-sayuran ,2 peratus ditanam pokok getah dan 1 peratus lagi ditanam pokok buah-buahan ataupun dusun buah-buahan. Dari segi penduduk, mejoritinya yang tinggal di kampung ini adalah dari bangsa Jawa yang berasal dari Kepulaun Indonesia.


About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.