IKS dan Sumber pendapatan Komuniti



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kuala Langat Selangor memang telah terkenal dengan produk-produk IKS makanan ringan tempatan sebagai contoh Kerepek atau kuih tradisional. Terkenal juga dengan penduduk berketurunan Jawa dengan secara automatik produk makanan ringan tempatan itu juga berasaskan resepi rasa Jawa yang tidak dapat di tempat lain. Produk-produk ini mendapat sambutan yang hangat dan laris di serata Malaysia termasuk Sabah dan Serawak terutamanya pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya. Ada juga Produk yang di eksport keluar negara seperti di Brunei dan Timur tengah. Antara produk paling laring adalah seperti kerepek Ubi (original, masin, pedas basah/kering atau manis) dan kerepek Pisang Tanduk. Untuk memenuhi citarasa terkini dan moden, kerepek-kerepek ini juga telah diubah suai dari segi rasanya. Kerepek ubi terbaru dipasaran adalah seperti berperisa Black Paper, Barbicue, Tomato dan sebagainya setanding dengan rasa produk makanan ringan dari Barat.

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.