Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan

Lawatan Dari Leeds Universiti Australia

Pada 27hb Julai yang lepas PPIK telah menerima satu lawatan dari UKM -pusat kajian E kouniti bersama dengan Pensyarah dari Leeds Universiti Australia Mr Choo Yun Peng. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kesesuaian PPIK ini sebagai tempat untuk UKM menjalankan kerjasama untuk menjalankan program dengan mengunakan Teknologi Microcontroller di dalam proses pemerkasaan melalui teknologi inovatif di dalam pelbagai budaya "empowering people with innovative technologies in multi-cultural". Terima kasih kepada UKM kerana memberi peluang untuk komuniti di Kg Endah mencuba satu teknologi yang baru. Saya sangat berharap agar program tersebut dapat dijalan di sini seterusnya ke kawasan luar bandar yang lain.

Bersama Pihak UKM serta Mr. Choo Yun peng dengan salah satu alat microcontroller.



Salah satu Bahan "microcontroller' untuk diujikaji.

post signature

Vista Ultimate themes yang coolll...

Salam semua.. Hari tu saya ada cerita sikit tentang mana yang best Win XP atau Vista, sebenarnya itu semua terpulang pada individu, ada sesetengah individu tu tak suka nak tukar2 OS sebab dah biasa ngan OS yang digunakan atau takut tak faham dengan OS yang baru. Ada pula yang suka dengan benda benda yang baru atau Up to date ler kononnya. Tapi bagi saya sekali lagi saya suka pada Vista, (tak ler baru Win7 pun nak kluar dah) sebab saya suka membuat kajian. Banyak juga versi Vista ni saya dah cuba seperti Home, Business , Ultimate dan Black edition (SP1, SP2). Tak banyak yang menarik pada versi Home, themes atau wallpaper serupa dengan Win Xp cuma dicantikan lagi, Untuk versi business pula memang dikhaskan kepada Business man sebab game pun tak de, tapi itu semua boleh didapati dengan mengUpdate software anda. Tapi bagi yang guna cetak (pirate) dinasihatkan berhati hati semasa Update nanti ........ Ok lah, ni saya tengah tunggu Win7 ada kat pasaran dan mungkin saya akan uji juga apa yang best kat Win7 tu.. Tunggu erk.


Ni lah theme yang cool tu.. vista aero MaxClear (kira macam kaca la tu). pastu Ultimate Black ni memang telah disediakan wallpaper Dreamscene yang mana kita boleh play video diwallpaper. Sorry erk gambar video tak berapa clear sebab guna 3.2mp je. Untuk versi Ultimate biasa anda bolehlah update untuk dreamscene tu. Dreamscene wallpaper ni diganti kepada slide wallpaper pada Win7 ( Slide Show)

post signature

2 column vs 3 column blog

Asalamualaikum, dah lama saya tak update blog ni bukan apa, tengah banyak keje sekarang ni dengan nak melatih peserta, 2,3 aktiviti kampung, usahawan yg nak buat blog dan macam2 lagi lah. tapi tu yg dinamakan kerja kan... K kita berbalik pada topik diatas mengenai column, column untuk blog ni bermakna susunletak gedget. kalau 2 column bermakna kita menggunakan layout yg biasa semasa kita mula2 buat blog. 3 column plak ada 3 tempat susun letak untuk posting 1 dan 2 untuk gedget. saya memang dari hari tu nak guna 3 column layout sebab kalau pakai 2 column blog kita nampak kurus dan memanjang je, bagi saya kurang menarik. kalau pakai 3 column blog nampak penuh macam ala-ala web site le konon hihiihh. tapi sebelum tu saya mendapat masaalah untuk mentranfomasikan 2 cloum ke 3column. memang agak sukar untuk mengubah layout kerana jika kita tidak membuat kajian kita akan kehilangan getged2 atau barang yg kita simpan. so cuba jengok2 site yg menawarkan 3 column template untuk info lebih lanjut. Maaf ada sedikit kesilapan kat blog saya berkenaan font colour yg tak matching ngan blog (kesilapan amat dikesali)
Happy bloging K chow dulu.

Klinik Komputer sesi 3

Sambungan pada pembangunan blog.

Untuk pembikinan blog yang lebih kemas atau nampak seperti profesional cuba buat blog baru di http://en.wordpress.com

. Bagaimana hendak menyiarkan gambar?

Anda boleh memuat naik gambar menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan mendapat tetingkap yang membolehkan anda memilih satu imej atau berbilang imej dari komputer anda. Hanya klik butang "Semak Seimbas" untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Sebagai pilihan lain, anda boleh masukkan URL imej yang telah sedia ada dalam talian untuk memasukkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pautan untuk memilih susun atur, anda boleh memperibadikan cara imej anda akan muncul dalam catatan anda. Opsyen kiri, tengah dan kanan akan menentukan bagaimana teks catatan anda mengelilingi gambar tersebut. Opsyen saiz ini membolehkan anda mengubah gambar kepada saiz berlainan dalam bahagian catatan ini.

5. Saya tidak boleh log masuk. Apakah yang saya harus lakukan?

Jika anda terlupa maklumat Akaun Google anda, anda boleh dapatkan semula maklumat log masuk Akaun Google anda dengan mengklik "?" di sebelah "Kata Laluan" pada halaman log masuk Blogger atau anda boleh gunakan halaman Bantuan Kata Laluan Akaun Google.

Ingat bahawa nama pengguna akaun Google anda adalah alamat e-mel lengkap yang anda gunakan untuk membuat akuan anda (contohnya, yourname@example.com).

Jika anda boleh log masuk ke akaun anda tetapi tidak melihat blog yang sepatutnya pada Papan Pemuka anda, kemungkinan anda telah log masuk ke akaun yang salah. Dalam hal ini, cuba log masuk dengan semua alamat e-mel anda, menggunakan borang Bantuan Kata Laluan jika perlu. Sila cuba ini walaupun anda fikir anda hanya mempunyai satu akaun. Kami telah lihat banyak kejadian apabila orang membuat akaun tambahan secara tidak sengaja tanpa menyedarinya, oleh itu memeriksanya sendiri biasanya adalah cara paling cepat untuk mendapatkan blog anda kembali.

6. Bagaimana hendak memadam blog?

Untuk memadam keseluruhan blog, hanya pergi ke tab Tetapan | Asas. Pada tahap ini, pastikan betul-betul yang anda berada pada blog yang betul dan anda ingin membuangnya selama-lamanya dari akaun anda. Kemudian klik "Padam Blog Ini." Jika blog anda adalah pada pelayan anda sendiri, failnya tidak akan dipadam. Anda boleh memadamnya secara manual dengan menyambungkan ke pelayan anda melalui klien FTP.

7. Bagaimana hendak membatalkan akaun saya?

Untuk memadam Akaun Google anda, termasuk catatan anda, sila log masuk pada halaman utama Akaun Google. Sebaik sahaja anda log masuk, klik pautan "Edit" di sebelah senarai "Perkhidmatan Saya", dan anda akan mendapat halaman yang membolehkan anda memadam akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa memadam sesuatu akaun akan memadam kesemua perkhidmatan Google yang berkaitan dengan akaun tersebut, seperti profil orkut anda, halaman iGoogle anda, dan blog Blogger anda.

8. Bolehkah saya mempunyai blog yang lebih daripada seorang boleh mencatat?

Ya, ini dipanggil "blog pasukan." Pada dasarnya, seseorang pada mulanya membuat blog, kemudian menjemput orang lain menyertainya. Ahli pasukan boleh sama ada menjadi pentadbir atau pencatat biasa. Pentadbir boleh mengedit semua catatan (bukan hanya catatan sendiri), menambah dan membuang ahli pasukan (dan memberi akses tadbir), dan mengubah suai tetapan blog. Bukan pentadbir hanya boleh mencatat pada blog.

Untuk menjemput orang lain menyertai blog, mula-mula pergi ke tab Tetapan | Kebenaran dan klik "Tambah Pengarang." Kemudian, taipkan alamat e-mel orang yang anda jemput ke blog; mereka akan menerima e-mel jemputan tidak lama kemudian. Sila ambil perhatian yang mereka perlu ada Akaun Google, dan jika mereka belum ada, mereka akan digesa untuk membuatnya. Apabila anda telah sedia untuk menghantar jemputan, klik "Jemput." Anda akan menerima satu e-mel apabila ahli pasukan baru telah berjaya menyertai blog.

9. Bagaimana hendak menambah gambar saya ke profil saya?

Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Dari situ, masukkan URL imej profil dalam borang, dan klik "Simpan" di bahagian bawah halaman. Jika anda belum mempunyai gambar yang dihos di mana-mana, anda boleh menyiarkan gambar ke blog anda terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda telah menyelesaikannya, beralih dari editor catatan ke mod Edit HTML jika belum melakukannya. Sekaran, salin URL gambar dan tampal URL ini ke dalam medan "URL Gambar" dalam Profil anda. Kemudian, klik "Simpan" di bahagian bawah halaman, dan anda telah selesai. Sila ambil perhatian bahawa imej tersebut harus bersaiz 50k atau lebih kecil.

10. Bagaimana hendak menetapkan sambungan FTP (atau SFTP) ke hos web luar saya?

Pergi ke Tetapan | Penerbitan dan pilih kaedah sambungan. Kemudian, masukkan tetapan anda. Apabila anda telah selesai, simpan perincian pelayan anda melalui butang "Simpan Tetapan" di bahagian bawah, dan terbitkan semula blog anda. Sila ambil perhatian bahawa nombor port lalai akan digunakan (:21 untuk FTP dan :22 untuk SFTP); menetapkan port pilihan tidak akan berfungsi. Juga, jangan masukkan http:// atau ftp://dalam alamat pelayan atau tetapan laluan.

11. Bagaimana hendak menggunakan domain peribadi pada blog saya?

Jika anda tidak mengingini blogspot.com dalam alamat blog anda, anda boleh dapatkan domain anda sendiri. Kami akan teruskan mengehos semua kandungan anda seperti sebelumnya, tetapi ia akan dipaparkan pada alamat baru anda. Terdapat tiga komponen untuk menetapkan ini:

Domain Anda

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah memilih nama domain, seperti mysite.com dan mendaftarkannya. Anda boleh mendaftarkan nama domain dari mana-mana daripada sebilangan pendaftar berlainan.

Tetapan DNS

Seterusnya, anda perlu membuat rekod CNAME untuk domain anda dengan DNS, mengaitkan domain anda dengan ghs.google.com. Prosedur yang tepat untuk melakukannya berbeza, bergantung pada pendaftar domain anda, oleh itu sila hubungi pendaftar anda secara langsung dan mereka boleh membantu anda. Ketahuilah yang rekod DNS baru mungkin tidak berkuat kuasa dengan segera.

Tetapan Blogger

Pada tahap ini, pelayan DNS tahu untuk menghalakan orang ke Google apabila mereka ingin melihat blog anda, oleh itu kami perlu memastikan Google mengaitkan blog yang betul dengan domain anda. Anda perlu lakukannya pada tab Tetapan | Penerbitan untuk blog anda dalam Blogger. Jika anda menerbitkan Blog*Spot, anda akan lihat satu pautan berdekatan bahagian atas yang menawarkan untuk mengalih anda ke domain peribadi. Teruskan dan klik pautan itu. Tetapan Alamat Blog*Spot sekarang bertukar ke Domain Anda. Isi domain yang anda daftarkan pada permulaan proses ini, kemudian simpan tetapan anda.

Nota:

  • Jika domain baru anda tidak membawa anda ke blog anda, tunggu sehari atau dua hari lagi, untuk memastikan semua pelayan DNS telah dikemaskinikan. Jika ia masih tidak berfungsi, hubungi pendaftar anda untuk memastikan yang anda memasukkan tetapan DNS dengan betul.
  • Alamat Blog*Spot asal anda akan maju ke domain baru anda secara automatik. Dengan cara itu, sebarang pautan atau penanda buku sedia ada pada tapak anda akan tetap berfungsi.
  • Anda boleh menggunakan ciri ini dengan domain (cth. mysite.com) atau subdomain (cth. name.mysite.com). Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menetapkan subdirektori (cth. mysite.com/blog/) atau kad bebas (cth. *.mysite.com).

12. Bagaimana Mudah Alih Blogger berfungsi?

Untuk memulakan blog mudah alih, cuma hantar mesej (yang boleh jadi gambar, beberapa teks, atau kedua-duanya) ke go@blogger.com dan kami akan memulakan blog untuk anda! Selepas menghantar mesej, anda akan menerima balasan dengan URL blog mudah alih anda dan satu tanda yang dengannya anda boleh menuntut blog baru anda. Untuk menuntut blog anda, cuma masukkan tanda ke http://go.blogger.com. Menuntut blog mudah alih anda akan memberi anda akses penuh ke tetapan dan ciri Blogger.com, membolehkan anda mengaitkan blog anda dengan Akaun Google, dan membenarkan anda menggabungkan blog mudah alih anda dengan blog sedia ada.

Klinik Komputer sesi 2

Salam berjumpa lagi dalam sambungan klinik komputer dalam pembelajaran pembangunan Blog. 

1. Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?

Pada halaman utama Blogger, klik butang "Buat Blog Anda Sekarang". Pada halaman berikut, anda akan digesa untuk membuat Akaun Google. Anda boleh menggunakan Akaun Google anda pada perkhidmatan Google yang lain. Jika anda telah mempunyai Akaun Google mungkin dari Gmail, Kumpulan Google, atau Orkut, sila rakam masuk terlebih dahulu. Setelah anda merakam masuk, anda perlu memasukkan nama paparan dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Sebaik sahaja anda selesai dengannya, anda akan digesa untuk membuat blog dan memulakannya!

2. Bagaimana hendak membuat blog Blogger?

Sebelum anda boleh membuat blog percuma pada Blog*Spot, khidmat hos Blogger, anda perlu telah membuat akaun di blogger.com. Sebaik sahaja anda telah melog masuk ke blogger.com, klik pautan "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL). Anda juga perlu menaip kata pengesahan yang dipaparkan pada halaman ini. Apabila anda telah selesai, klik "teruskan." Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; inilah rupanya apabila anda menerbitkannya. Kemudian, Blogger akan membuat blog baru anda dan menguntukkan spot anda pada BlogSpot. Sebaik sahaja anda telah membuat catatan pertama anda, halaman anda akan muncul di alamat yang anda pilih.

3. Bagaimana hendak menyiarkan di blog saya?

Pada Papan Pemuka anda, klik pautan "Catatan Baru" di sebelah blog yang anda ingin catatkan. Seterusnya, anda akan lihat halaman Buat Catatan Baru. Mulakan dengan memberikan catatan anda tajuk (pilihan), dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda telah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk memastikan ia bersedia untuk dilancarkan. Sebaik sahaja anda telah berpuas hati dengan catatan anda, klik butang "Terbitkan". Ini akan menerbitkan catatan baru anda.

-Bersambung lagi-

Klinik komputer

Berjumpa kita sekali lagi, Untuk ruangan hari ini saya ingin mengupas tentang cara pembangunan laman Blog. Pada yang memang sudah mahir, laman blog amat mudah untuk dicipta dan boleh diubahsuai dengan pelbagai aksesori atau gedget. Tetapi bagi pengguna yang baru ingin mencipta blog ianya sangat memening kan kepala ????? saya sendiri pun pening masa mula mula buat. Di sini tak mungkin saya dapat menerangkan cara pembagunan blog dengan terperinci. cara yang paling mudah adalah, klik pada link ini https://www.blogger.com/start arahan dalam bahasa malaysia mudah untuk difahami BERSAMBUNG............. sila tinggalkan pesan jika ada sebarang masaalah

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.