Memaparkan catatan dengan label Projek PPIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek PPIK. Papar semua catatan

Digital Story Telling (DST)

Korang ingat lagi tak Digital Story Telling (DST) yang Warisan Global ajar masa kita semua Kursus kat hotel Corus tu. Sebenarnya ada lagi DST yang nak saya postingkan tapi... alamak malu nak interframe le, jadi saya postingkan le gambar yang ada kat harddisk ni dan jadikan DST. Saya dah upload video tu kat youtube untuk senang upload kat posting blog ni, tak payah la tunggu lama-lama kalau kita upload cara biasa. Jadi semoga anda semua ENJOY the video ni. Lagi satu lagu kat video ni pun asyik gak kalau nak dihayati.


post signature

Pemasangan LAN dan WIFI

Asalamualaikum, sembang lagi kita di blog ini, hari saya nak bercerita pasal pemasangan Lan dan WIFI yang baru je saya pasang kat PPIK kg Endah ni. Selepas pihak TM hantar dan pasang treamyx kat PPIK ni saya rasa tak puas hati la pulak, bukan apa diaorg hanya pasang streamyx kat satu buah PC je. kontraktor TM yang pasang talian dari tiang pun satu hal plak, suka-suka je dia nak letak kat memana yg dia senang. Ramai yg datang ke PPIK ni semua nak online, jadi terpaksa saya buat pemasangan bersama dgn rakan sorg ni jawabnya. Pening gak nak adjust LAN ni, kebetulan printer memang dah tak bleh online print, jadi ngan printer skali kitaorg setting, kira rombakan secara besar-besaran la ni.  PPIK kg Endah ni dalam bangunan Pusat Komuniti bersama dengan PKIT ( pusat khidmat IT ) yg mana tidak beroperasi lagi. PKIT mempunyai 7 buah PC dan semua mempunyai WIFI. Lepas setting Lan saya rasa lebih elok saya buat adjustment untuk wifi sekali. Nasib baik ada wireless Router jenis LINKSYS. Linksys agak sukar gak nak disetting tak macam jenama lain, Alhamdullilah semua setting berjalan dengan lancar dan sekarang PPIK KG ENDAH telah mempunyai talian streamyx untuk 3 PC dan Talian WIFI untuk komuniti yg mempunyai Laptop atau handphone mempunyai keupayaan WIFI untuk online di sekitar kawasan PPIK. 

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.