Assalamualaikum semua, Alhamdullilah, sekali lagi kita berjumpa kat blog yang dah lama tak update ni harharhar... PPIK Kg Endah sekarang sedang dalam untuk membuat satu lagi acara berkaitan komuniti juga yang mana semua dah tau agaknya, Maxis Cyberkids bersama komuniti yang akan diadakan pada 18 dan 19hb julai 2009 ini. Untuk bab Cyberkids tu kemudian saya akan postingkan. Ok cerita hari ini berkenaan dengan Explorace Bermotosikal Pemuda D.U.N Tg Sepat yang mana saya sendiri telah hadiri acara tersebut. FUUYOOO Hapenning Giler Beb... Ramai penyertaan tu. Program sebegitu memang patut diadakan selalu bukan apa, Untuk mengenang kembali atau memupuk sikap Bekerjasama, Hormat menghormati pada Otai2 dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita yang mana generasi
sekarang ni tak macam generasi pada zaman saya (saya ni pun tak le tua sangat baru 30an hihi). Bukan semua generasi sekarang ni cam tu tapi kita lah yang patut membimbing mereka kearah pembentukan moral yang sempurna, bukan salahkan mereka. Bak kata pepatah BADAN IKUT KEPALA jadi..........
Semasa di tapak pelepasan peserta explorace yang terletak di Kg Sungai Lang, Banting. Barisan Pemuda (yang tak muda pun haha) Kg Endah. Gambar saya tak de sebab tengah pegang kamera ler huhu.
Singgah di check Point untuk mendapatkan jawapan, kira kitaorang ni semua masuk keluar kampung la ni, gambar tengah tu kitaorang berenti di PPIK Bukit Bangkung, Tutup. Maklum la hari Ahad Penyelia PPIK cuti.
Kalau dah Hero tu tetap Hero kan. Peserta dari Kg Endah telah memenangi tempat PERTAMA untuk acara explorace pemuda D.U.N Tg Sepat.
Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Dr Karim Bin Hj Mansor ADUN Tg Sepat yang mana beliau juga anak kelahiran Kg Endah. Terima kasih kepada YB Dato' atas acara tersebut.
Kira pada masa acara tu saya jadi Mat Rempit la, tapi bukan samseng jalanan. Kalau ikut istilah pada zaman saya pula Mat Rempit ni Mat Racing Harharhar teringat balik zaman2 masa jadi mat-mat racing ni. Apa pun acara tu memang best semoga akan diadakan lagi. jumpa pada posting seterusnya BABAI.,.