Maxis Cyberkids Bersama Komuniti

Salam semua, dah lama betul tak update blog ni, sejak balik dari kursus Maxis cyberkids sampai la hari ni baru la dapat masa free. Boleh la saya kongsi pengalaman dengan yang lain. Maxis cyberkids ni sebenarnya satu program untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Banyak gak la program-program yang dijalan kan oleh cyberkids ni. Dengan tak disangka PPIK Kg Endah terpilih pula untuk menjadi salah satu ahli pada produk cyberkids ni.
Bergambar beramai ramai bersama Penyelia PPIK, Cyberlab, Telecentre, Rumah Nurkasih dan warga kerja Cyberkids semasa hari terakhir kursus cyberkids

Seperti biasa la Fiza (kawan gaduh) tak lepas peluang untuk bergambar bersama. Gambar dari kursus di Vistana (memula kenal), kursus di Corus masih lagi saya simpan.

Haa makan time.. lagi satu tak miss bergambar ngan Betti hahaha...

Macam-macam perasaan, happy, bangga, sedih dan rasa dihargainya sebab terpilih menjadi Penyelia terbaik dalam Program Cyberkids ni, terima kasih pada yang memberi sokongan kepada saya dan seperti biasa bagi saya Ilmu Adalah Untuk Dikongsi. Semoga anugerah itu menjadi pembakar semangat untuk saya teruskan perjuangan ini insyallah..

Hadiah dari maxis DIGITAL PICTURE FRAME, frame gambar yang boleh buat slideshow pada gambar yang kita simpan di pendrive, atau memori telefon, ada mp3 player, alarm clock, boleh play video dalam format AVI dan berbagai lagi lah, Terima kasih Maxis..


post signature

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.