Pengenalan kepada KG Endah



SEJARAH KAMPUNG  :Kampong Endah merupakan sebuah kampung tersusun yang berasal dari 3 buah kampong terpencil di Daerah Kuala Langat iaitu kampong Delik. Kampung Darat Batu dan Kampung  Kanchung Tengah ( Ladang Lor ). Selepas perang dunia kedua berlaku zaman dharurat sekitar tahun 1946-1960 dan bagi mengelakkan amcaman komunis . Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah memindahkan penduduk ketiga-tiga kampong ini ke penempatan baru yang terletak bersebelahan dengan kampong Kanchong Laut pada tahun 1952. Setiap  keluarga diperuntukkan ½ ekar tanah yang kesemuanya berjumlah 100 lot. Penempatan baru  ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) . Penempatan baru ini disebut  Kampong PINDAH ,kemudian nya disebut pula Kampong INDAH . Memandangkan kebanyakkan penduduk di kampong ini terdiri dari keturunan Jawa,oleh yang demikian sebutan indah di sebut ENDAH sehinggalah sekarang. Kampong Endah terletak didalam mukim Morib dan Kelanang Daerah Kuala Langat.


  • Walaupun pernah menjadi sarang komunis di zaman silam, ia berjaya muncul sebagai kampung contoh bukan sahaja di peringkat Negeri Selangor, bahkan di peringkat kebangsaan.
  • Antara 1968 dan 1994, Kampung Endah menerima 22 anugerah, hadiah wang tunai serta peruntukan.
  • Kampung itu juga telah mendapat lebih 20 projek sejak 2004 di bawah YB Dato’ Dr Karim Mansor. Semuanya adalah hasil kegigihan, inovasi, kerjasama, perpaduan dan persepakatan penduduk itu sendiri, disokong oleh pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh.
  • Sebagai penghargaan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam lawatannya semasa menjadi Perdana Menteri, menamakan kampung itu The Modern Village of Malaysia.
    Kampung itu menerima kunjungan ramai orang kenamaan dan pelawat dari dalam dan luar negara.


     1.                         Latar Belakang Kampung   

    1.1. NAMA KAMPUNG   :    Kampong Endah
    1.2. MUKIM                   :    MORIB dan KELANANG
    1.3  DAERAH                :    KUALA LANGAT
    1.4  PARLIMEN             :   SEPANG
    1.5. DUN                      :    TANJUNG SEPAT
    1.5  KELUASAN           :   
    1.6.JUMLAH  PENDUDUK : 1950 ORANG
    1.7. KETURUNAN              :  MELAYU


Ketemu meneng ( jumpa lagi )

Asssalamualaikum Kampung ku Kampong Endah..

Lama tak update blogger ni kan, bukan apa sebenarnya ada sedikit masaalah yang dihadapi oleh admin berkaitan blogger ini. Salah satumya admin memang sibuk dengan tugas dan yang paling bermasaalah adalah kerana blongger ni telah dijangkiti oleh virus2 iklan. Yang menggunakan pc mungkin tidak la nampak sangat tetapi pada yang membaca blog ini menggunakan telefon pintar akan menghadapi masaalah untuk membaca artikel2 yang ada. Alhamdullilah admin dapat meluangkan masa dan dapat menghapuskan virus2 iklan tersebut. Jadi untuk masa hadapan insyallah admin akan sentiasa upload cerita2 panas, berita2 terkini dan lain2 cerita berkaitan kampong yang kita cintai ini. So stay tune 

Kampung WIFI @ Kampung Endah

Perkidmatan wifi percuma kini berada di mana2 selaras dengan saranan kerajaan tentang perkembangan Jalur Lebar. Penduduk Kg Endah kini dapat mengakses internet secara percuma dengan adanya program Kampung Wifi dibawah SKMM. Kini penduduk luar bandar juga dapat menikmati perkidmatan seperti di kawasan bandar.

Pencawang WIFI dipasang bersebelahan dengan PPIK



Juruteknik sedang menyiapkan peralatan untuk wireless antenna

Rak untuk penyimpanan peralatan.. Router, hub dll

Semoga Kampung yang terkenal dimalaysia ini dapat melahirkan pakar2 dalam bidang IT seterusnya menempa nama sebaris dengan pakar IT dunia. insyallah.

Karnival Usahawan dan ICT 2010: Maklumat Karnival

Karnival Usahawan dan ICT 2010: Maklumat Karnival: "Pengenalan Pertandingan ini merupakan satu inisiatif ICT Kebangsaan dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dalam usaha merangsang mi..."

post signature

Codec pack untuk win XP, Vista & win7

Salam.. mungkin anda mempunyai masaalah ketika memainkan video di PC anda.. seperti contoh memainkan video format 3gp atau mp4 di PC anda hanya suara atau tiada apa yg kelihatan itu adalah kerana anda tidak mempunyai codec yang sesuai untuk dimainkan di media player anda. Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.

Jika anda menghadapi masalah seperti yang di atas, anda hanya perlu mendapatkan codec yang sesuai untuk fail video tersebut. link untuk download codec dibawah

download codec untuk Window XP : Download

download codec untuk Window Vista : Download

Download codec untuk Window 7 : Download


post signature


Assalamualaikum.. dah lama btul aku tak update blogger ni, oleh kerana PPIK telah tidak lagi beroperasi hanya 2-3 buah PPIK je yg beroperasi seperti biasa.. Ok lah mulai hari ini Blog PPIK Kg Endah ini telah bertukar nama kepada Danney Place's dan juga bertukar template yang mana aku tetap juga jadi moderator cuma yang lainnya aku akan selit info-info berkenaan dunia it. So stay tune untuk posting akan datang.. see u all



post signature

Posting blog untuk Telecentre.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan menunjukan cara-cara untuk membuat posting di laman web telecentre.my. Anda hendaklah mempunyai akaun/password yang betul untuk memasuki dan mengEdit halaman web anda. Terima kasih kepada PPIK Jerong Seberang Terengganu kerana membenarkan saya untuk menggunakan laman blog serta laman web telecentre beliau untuk dijadikan model kepada projek pembelajaran ini. Sila layari juga laman blog PPIK Kuala Rompin Pahang untuk lebih terperinci secara bergambar.

SELAMAT HARI RAYA


post signature

SELAMAT HARI RAYA

PPIK Kg Endah dengan tulus hati ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir Dan Batin kepada semua umat Islam khas ditujukan kepada semua PPIK diseluruh Malaysia dan kepada yang sudi melayari Blog PPIK ini. Terima Kasih Atas Sokongan Kalian.

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

post signature

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.