Paragliding dan Tragedi

Asalamaualaikum dan salam sejahtera. laman blog ini sebenarnya baru pulih dari kerosakan akibat di godam oleh saya sendiri, harharhar.. mungkin ada kekurangan sedikit dengan info atau widget2 dan minta maaf pada semua kerana link ke blog usahawan sedang dalam pembinaan dan dalam carian maklumat usahawan IKS dan Pertanian Kg Endah. Harap semua dapat bersabar menunggu. Ok cerita tentang Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009 " untuk informasi Sila klik di sini"

Pada hari ahad yang lepas saya bersama keluarga pergi ke bukit Jugra yang terletak kira-kira 8km dari Kg Endah (tak jauh pun) dengan tujuan untuk menyaksikan pertandingan paragliding peringkat dunia dan untuk membuat posting di blog ini. Ini adalah tempat pendaratan paragliding (Gambar ini diambil sehari sebelum acara).


Kesemua pelawat dikehendaki untuk meletak kenderaan di satu kawasan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Pusat Latihan Penguatkuasa.

Dan kami juga dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur (free) untuk ke tempat pendaratan yang terletak kira-kira 1km dari tempat parkir kereta.

Gambar diambil dari tempat parkir kereta

Tempat pelepasan paraglider yang terletak berhampiran dengan Rumah Api bukit Jugra (4X zoom). untuk pengetahuan semua di daerah Kuala langat hanya mempunyai sebuah sahaja bukit iaitu bukit Jugra. Dan bukit Jugra juga mempunyai sejarah yang popular pada zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu, insyallah saya akan postingkan sejarah Bandar Jugra ini. DAULAT TUANKU. Setelah sampai ke tempat pendaratan saya agak merasa kecewa kerana penerjunan terpaksa dibatalkan berikutan Angin bertiup Kencang dan membahayakan penerjun-penerjun. Kerana bosan dengan pembatalan tersebut kebetulan saya telah berjumpa dengan seorang kawan saya yang bertugas di acara itu, dan Ada berita yang sangat mengejutkan kami semua, YDP Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 'PENAJA' En Mohd Ahir Bin Zawawi telah meniggal dunia semasa melawat gerai jualan di tapak pendaratan akibat sesak nafas pada hari pertama acara tersebut. Alfatihah kepada Allahyarham. saya bersama keluarga balik dengan rasa hampa dan terharu.

post signature

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.