Asalamualaikum, salam sejahtera kepada kesemua warga kerja PPIK. Posting kali ini saya nak menceritakan tentang satu lawatan serta bancian yang sedang pihak UKM jalankan ke atas Telecentre. pada 28hb yang lepas saya telah menerima email dari En Hamid yang mengatakan pihak daripada UKM akan datang untuk membuat lawatan di PPIK Kg Endah dan PPIK Kg Dato Ahmad Razali Sepang pada 30hb april. Sebelum itu pihak dari UKM telah pergi ke PPIK Olak Lempit. Tujuan meraka datang adalah untuk mencari maklumat tentang perkembangan dan halatuju PPIK ni. Banyak la yang Pihak UKM tanya pada saya ni contoh seperti maklumat, perkembangan, keaktifan, cara PPIK berkomunikasi sesama sendiri, efektif MYCSKC yahoo group, permasaalahan, keahlian, keusahawanan, keterlibatan dalam komuniti, "relevan" nya PPIK ini dan macam-macam lagi lah. Kira penat gak la nak menjawab soalan-soalan cepu emas diaorang ni.Dan selepas itu saya tanya pada Pihak UKM untuk apakah bancian ini di buat? Jawapan yang diberikan adalah, untuk membuat kajian "relevan" kah telecentre2 untuk diteruskan dan untuk memberikan jalan penyelesaian selain apakah aktiviti2 dan perancangan penyelia2 untuk menjana kewangan dan berdikari apabila tiada dana dari kontraktor, kerajaan atau kementerian contohnya membuat satu plan perniagaan dan apakah kekangan yang mungkin timbul.
Cenderamata dari UKM
Cenderamata di sampaikan oleh Prof. Madya Datun Dr Norizan Abdul Razak. Ketua Pusat Kajian E-Komuniti, Fakulti Sains Sosial, UKM
Ditemuramah oleh Prof bersama dengan Dr Jalaluddin Abdul Malek, PhD Intelligent city planning, Msc Planning (Rural Planing) Bachelor of Urban & Regional Planning.. Banyak tul Planning yer.....
Borang Bancian yang perlu diedarkan ke komuniti.
Untuk itu saya mengucapkan terima kasih kepada Pelawat-pelawat UKM kerana datang ke PPIK kampung Endah. Dan sebagai wakil penduduk Kg Endah saya mengalu-alukan kedatangan anda semula. Terima kasih.