Google+ (Google plus)



Lama sungguh tak update blogger ni, banyak gak nak share info terkini tapi masa mencemburui kita hehe.. so kali ni saya nak share skit pasal laman sosial terbaru iaitu Google+ atau google campur. Google+ ni telah di perkenalkan pada 28hb jun 2011 selepas beberapa lagi produk Google yang lain cam buzz dan profiles.

Google+ ni lebih kurang macam Facebook gak tapi lebih privasi dan teratur, sebagai contoh Google+ ni ada circles yang mana kita boleh kategori yang mana kawan, saudara dan sebagainya (lebih privasi kan). jika kita mempunyai akaun google (gmail, youtube, android atau picasa) ianya akan lebih meriah serta mudah, hanya dengan satu akaun tapi kita boleh share gambar (picasa), video (youtube) dan sebagainya.. Haa yang paling best Google+ ni pun ada app games gak (sama cam Facebook).

Pandangan saya.. produk2 dari Google semua simple dan best sebagai contoh android phone OS yang dulu semua orang tak tau sekarang ni dah jadi OS phone paling best selepas IOS (apple), Google Chrome browser plak dah tapau Mozilla Firefox & IE sebab browser paling ringan dan laju. So jom kita layan Google+ dan kita tengok boleh tak Google+ ni tapau Facebook plak..

Google+ juga boleh dilayari dari smartphone anda (android, iphone, symbian atau Blackberry).. cool woww

Ok chow dulu...

post signature

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.