Brader2 Ku Ahli Muzik??

Kali ni kita posting santai pula, nak hilangkan stress lepas dari projek2 PPIK ni.. Lepas ni pun Calender untuk acara/Projek komuniti di PPIK KG ENDAH padat, sebelum kita semua menyambut bulan Ramadhan ni. Tu belum acara Pertandingan WAU pada 2hb ni dan Pertandingan Memancing Kelab pada 16hb ogos, harharhar.. Kadang2 tu rasa cam best je tapi kadang2 rasa bengang bukan apa AJK program ini banyak pulak halnya kene la saya yang setelkan.



Cerita pasal muzik pulak, arwah abah aku ni bukan la sorang ahli muzik tapi dia boleh bermain Piano dan guitar. Jadi mungkin la sebab ada darah pemuzik semua keluarga aku ni pandai la bermain alatan muzik. Abang aku ni boleh main guitar ngan menyanyi (businessman), aku pun boleh main guitar tapi suara huhuhu... hujan lebat nanti hihi, adik aku sorang lagi, skang ni guru muzik main guitar gak, lagi sorang bro aku yg kecik pulak baru abis UITM keje gov tapi part time main muzik kat Night Club kat Ipoh, main drum. Tapi sister2 aku tak la pulak pandai main muzik, Kalau RAP/HIP HOP boleh kot sebab selalu BERLETER wakaka.. Kalau buat kumpulan ROCK dalam keluarga aku ni memang jadi punya sebab kita orang ni memang minat muzik rock.

Ni la adik aku, tengah practice ngan kaum dia ni. SORRY video ni 18sx sebab, dah la tak pakai baju pastu isap rokok pulak tu.

Yang ni pulak adik aku yang kecik, yang tengah tu kira kaki pukul la (Drummer), aku pulak kadang2 kalau rasa gian nak jamming tu, lepak kat bawah lampu jumpa ngan bebudak kampung ni. Tu yang buat aku ni popular kat Kg Endah ni (perasan hihi) sebab aku campur ngan semua golongan komuniti disini tak kira tua atau muda. Unite We Stand.

post signature



About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.