Win XP atau VISTA??

Dalam posting kali ni pun masih dalam topik IT, bukan apa kan.. dah memang keje penyelia PPIK ni memang berhadapan ngan gadget2 IT. Kali ini berkaitan dengan OS win XP atau Vista, (window 7 belum test lagi). Kalau ikut pada popular, win XP adalah yang paling popular pernah dilancarkan oleh Microsoft corp dibandingkan dengan Vista. Kalau di lihat pada segi penampilan sekilas pandangan, Vista telah menampilkan kecantikan dan kecanggihanya melalui desktop dan user interfacenya (aero glass atau dreamscene video wallpaper) yang mana LINUX telah memulakan dulu. Kelebihan win XP pula kalau mengikut pada pandangan saya, win XP ni MESRA PENGGUNA (User Friendly) tak banyak songeh, boleh support banyak software. Tak macam Vista, masa memula guna rasa macam pelik je, tak support banyak software.

Kelebihan win XP : mesra pengguna, support all software, RAM ringan.

Kelemahan win XP : Masih menggunakan DirectX 9, antaramuka desktop tak cun dan boring (sebab dah lama pakai kot)

Kelebihan Vista : desktop yang cun giler, class, tiptop, ada Game baru hihihii, ada parental control (no to porno hahaha), DirectX10.

Kelemahan Vista : Tak mesra pengguna ( memula susah nak guna ) Software sikit, tangkap RAM (RAM jadi berat, paling kurang kene guna 3gb baru lancar) banyak Bug.

Tapi bagi saya saya suka dengan Windows VISTA Ultimate Black yang saya gunakan sekarang ni. Bagaimana dengan anda?? antara win XP dan VISTA yang mana pilihan anda??? Sila la beri komen..

Ni la VISTA Ultimate Black yang Saya Skang ni, tapi wallpaper guna Apple Mac.

LINUX OS cantik tu!!!!!

Apple Mac OS X. Tengok je cam tu tapi bila guna pakai best giler n powerfull tuu..

About me

Foto saya
Memanfaatkan Pengalaman untuk Pembagunan Komuniti. Unite We Stand.